SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


MAMAN KURNIAWAN / SP
            Malaysia adalah sebuah Negara federasi yang terdiri dari tiga belas Negara bagian dan tiga wilayah persekutuan di asia tenggara dengan luas 329.847 km persegi. Ibukotanya adalah kuala lumpur sedangkan putra jaya menjadi pusat pemerintahan persekutuan. Jumlah penduduk negara ini melebihi 27 juta jiwa.Abstarak Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan malaysia.Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identitikebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikanmengikut acuan kita sendiri.Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asaspembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktubdalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telahditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan.Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satumasyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyatyang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telahditerbitkan dalam tahuan 1976.Kertas kerja ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasaberubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara secaratersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarahperkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum merdekadan selepas merdeka. Akhirnya akan membawa kepada satu isu bersangkutanperlaksanaan dasar yang terbaru untuk dibicarakan dalam kertas ini iaitu pelajar-pelajar yang lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat 1D, boleh dinaikkanke tingkatan 4. Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998. Di kalangan wargapendidik mereka melihat isu ini dalam berbagai persepsi ada yang pro dan ada yangkontra dalam perkara ini. Sejarah Awal Pendidikan di Tanah MelayuCorak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud danberkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri SemenanjungTanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yangberagama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusipendidikan yang dinamakan 'sekolah pondok'. Sekolah pondok ini dibangunkan dandimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abadke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok.Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung TanahMelayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasukSingapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikanberbentuk formal. -1- ,Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahanInggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah VernukularMelayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah VernukularInggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk keranamengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan PendidikanMelayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepung. Penubuhan sekolah Nippon-Go untukmenggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu-lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun.Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu.Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuatsemangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin diMalaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untukmemajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu ditingkatkan.Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikanuntuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggerismemperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatan kuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untukmenyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu danmembawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihatkronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untukmemberikan gambaran yang jelas mengenainya. - Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 - Laporan Rahman Talib 1960 - Pendidikan rendah percuma - Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964 - Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan Diperkenalkan 1965 - Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967 - Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya Majlis Pelajaran Tinggi 1968[1]
            Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan 'sekolah pondok'. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal. Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956) Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama. Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 ) Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan.
 Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula. Sejarah Pendidikan Selepas Merdeka Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas kemerdekaan, iaitu : 1. Laporan Barnes (1950) a) Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes b) Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. c) Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu: i) Dua jenis system sekolah hendaklah ditubuhankan ii) Satu jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar iii) Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka iv) Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah : i) Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. ii) Sekolah – sekolah vernacular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah – sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.[2]
Laporan Fenn – Wu (1951) a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu – Negara China) dan Dr Wu (Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu) b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. c) Terdpat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952) d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn – Wu. Antaranya ialah: i) Sekolah vernacular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Malayu, Cina dan Tamil dan kebangsaan juga diadakan. ii) Sekolah – sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan iii) Sekolah – sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara. 3. Ordinan Pelajaran (1952) a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn – Wu. b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan – corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.
Rumusan Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing – masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing – masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.Oleh hal demikian suatu kajian dijalankan untuk menambahbaikkan system pendidikan di Negara ini. PENYATA RAZAK (1956) 1. Diwujudkan apabila Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam pilihan raya pada tahun 1955. Menteri Pelajaran pada ketika itu, Y.B Dato' Tun Abdul Razak Hussein telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam seistem pendidikan, dan laporan ini telah dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan – cadangan penyata ini dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957) 2. Melihat kepada sistem pendidikan pada ketika itu, Penyata Razak mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah : a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif. e) Mewujudkan system pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. f) Mewujudkan masyarakat yang bertolenrasi, berdisiplin, terlatih , liberal dan progresif.
Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan. 3. Penyata Razak mengorak langkah dalam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Antara syor yang membawa kepada perubahan adalah dalam aspek – aspek berikut : a) Penubuhan Jawatankuasa i) Menteri Pelajaran bertanggungjawab terus terhadap aspek yang berkaitan dengan pelajaran menengah, lathan guru dan merangka dasar pelajaran. ii) Aspek tentang pelajaran rendah dan pertukangan pula adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. iii) Jemaah Nazir Sekolah ditubuhkan dan ini diikuti dengan Lembaga Pengelola Sekolah untuk semua sekolah b) Jenis sekolah dan penggunaan bahasa. Sekolah yang dibenarkan untuk diwujudkan ialah : i) Sekolah rendah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama ii) Sekolah menengah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama. iii) Satu sekolah menengah kebangsaan terbuka ditubuhkan untuk semua bangsa dan menggunakan sukatan serta kurikulum yang sama. iv) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah dan menengah. v) Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama diadakan untuk semua sekolah. c) Peperiksaan i) Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu d) Latihan i) Semua guru dilatih di bawah rancangan latihan yang sama ii) Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan juga diadakan. iii) Pelajaran teknik disusun semula mengikut keperluan.[3]
Dibawah Ordinan Pelajaran (1957), semua syor yang diutarakan dalam Penyata Rzak diterima dan disahkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Kesan / Implikasi Penyata Razak (1956) Terdapat beberapa kesan akibat daripada pelaksanaan Penyata Razak. Antaranya ialah : 1. Kementerian Pelajaran diwujudkan dan ini telah merintis jalan kea rah tertubuhnya satu sistem pentadbiran pendidikan yang berpusat. 2. Sebuah sekolah diwujudkan, iaitu sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan kurikulum serta kokurikulum yang seragam. 3. Peluang pelajaran diperluaskan hingga ke epringkat pengajian tinggi dan aliran persekolahan diperlbagaikan ke aliran teknik, akademik dan vokasional. 4. Semua calon sekolah menengah menduduki peperiksaan awam yang sama, iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu. 5. Bagi tujuan pemantauan keberkesanan, mutu pelajaran dan sistem pendidikan di sekolah, sebuah Jemaah Nazir yang bebas telah ditubuhkan. 6. Bahasa Melayu yang diwajibkan di semua sekolah rendah dan menengah telah melahirkan beberapa buah institusi, iaitu: a) Institusi Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang berperanan melatih guru – guru bahasa Melayu. b) Dewan Bahasa dan Pustaka berfungsi untuk meningkatkan perkembangan dan pengajiaan bahasa Melayu. 
Reaksi terhadap Laporan Razak Terdapat pelbagai reaksi di kalangan kaum termasuk parti politik terhadap Laporan Razak. Antaranya ialah: Pihak yang terlibat Keterangan Orang Melayu - Tidak berpuas hati dan syak wasangka terhadap kedudukan bahasa Inggeris di sekolah - UMNO Johor menentang kerana beranggapan ia membahayakan kedudukan bahasa Melayu Orang Cina - Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 kerana memperakukan bahawa objektif akhir adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah Orang India - Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahasa kemajuan sekolah Tamil akan terencat Parti Politik - Parti Agama Islam Semalaya (PAS) menentang kerana tiada jaminan bahasa Melayu akan dijadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi - Tiada sebarang perakuan bahasa taraf bahasa Inggeris akan diturunkan - Malayan Chinese Association (MCA) mengesa kerajaan menerima bahasa Cina[4]
Notes :
[1] Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. 2008. Perjuangan Memperkasa Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur
[2] Kay Kim Khoo, Mohd Fadzil Othman, Jazamuddin Baharuddin. 2007. Pendidikan di Malaysia Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur. Persatuan Sejarah Malaysia [2]

No comments:

Post a Comment